• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 October 2026 | 09:41 AM

Wisma SALCRA Dinamakan Menara Alfred Jabu, Raikan Jubli Emas 50 Tahun Pembangunan Tanah NCR

KUCHING: Bangunan Wisma Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) kini dinamakan semula sebagai Menara Alfred Jabu sebagai pengiktirafan tertinggi terhadap jasa Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Pengumuman penjenamaan semula itu dibuat sempena Majlis Makan Malam Jubli Emas SALCRA bertemakan Sow, Grow, Prosper yang berlangsung di Hotel Imperial, Isnin malam, 12 Oktober.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak merangkap Pengerusi SALCRA, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, penjenamaan semula bangunan itu bersama pelancaran logo korporat baharu melambangkan pencapaian bersejarah lima dekad penubuhannya.

“Kita menyaksikan satu lagi detik penting, iaitu pelancaran logo korporat baharu SALCRA dan penamaan semula Wisma SALCRA selepas mendapat kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 24 September lalu,” kata beliau.

Peranan Utama Pembangunan Tanah NCR Dan Masyarakat Luar Bandar

Penubuhan SALCRA pada tahun 1976 telah membuka lembaran baharu dalam memodenkan sektor pertanian serta pembangunan masyarakat luar bandar menerusi pengurusan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) secara lebih teratur dan produktif.

Dato Sri Dr Stephen Rundi menegaskan bahawa Alfred Jabu memainkan peranan paling penting dalam merealisasikan penubuhan agensi berkenaan menerusi pembentangan rang undang-undang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 24 Mac 1976, sebelum SALCRA ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mei 1976.

“Beliau turut memimpin SALCRA sebagai pengerusi dari 1976 hingga 1981 dan sekali lagi dari 1998 hingga 2017. Perubahan ini bukan sekadar perubahan pada penampilan semata-mata, sebaliknya melambangkan pembaharuan untuk melangkah ke era baharu,” tambah beliau.

Penamaan Menara Alfred Jabu berkenaan menjadi simbol penghargaan tertinggi terhadap visi dan ketabahan beliau dalam meyakinkan pemilik tanah NCR untuk menyertai pembangunan tanah secara berkelompok sejak peringkat awal penubuhan agensi berkenaan.

Sumber: TVS 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok