• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

02 October 2026 | 03:37 PM

Lelaki Positif Dadah Ditahan Polis Selepas Pukul Penunggang Motosikal Guna Besi Di Kabong

KABONG - Seorang penunggang motosikal berdepan detik cemas selepas dicederakan menggunakan sebatang besi oleh seorang pemandu kereta yang berang selepas ditegur kerana memasuki laluan bertentangan di Jalan Roban-Kabong, Kampung Alit, Isnin lalu (28 September).

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie mengesahkan kejadian berlaku pada 28 September lalu melibatkan mangsa yang sedang menunggang motosikal dari arah Kabong menuju ke Roban.

Mangsa dilaporkan hampir dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Perodua Kenari yang dipandu dari arah bertentangan sebelum suspek memberhentikan kenderaannya.

“Suspek kemudian memberhentikan keretanya sebelum mengambil sebatang besi dari dalam kenderaan berkenaan dan menggunakannya untuk memukul mangsa pada bahagian tangan kiri. Bagaimanapun, mangsa sempat menahan pukulan itu menggunakan tangan kirinya sehingga mengalami kecederaan pada bahagian lengan,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat (2 Oktober).

Suspek Berada Di Bawah Pengaruh Dadah

Menurut DSP Mathew Manggie, hasil siasatan awal mendapati suspek berusia 38 tahun itu mengaku bertindak agresif selepas berang ditegur berhubung tindakannya yang membahayakan pengguna jalan raya lain.

Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mengesahkan dia positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Suspek turut mengaku berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian berlaku. Hasil semakan lanjut juga mendapati suspek mempunyai lapan rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain beberapa kesalahan di bawah Kanun Keseksaan,” tambah beliau.

Barang Kes Dirampas Dan Siasatan Diteruskan

Menerusi operasi penahanan berkenaan, pihak polis turut merampas sebatang besi sepanjang 37 sentimeter yang dipercayai digunakan sebagai senjata dalam serangan tersebut, berserta sehelai baju-T berkolar berwarna hitam dan seluar jeans berwarna biru.

Suspek kini ditahan di bawah peruntukan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau benda berbahaya.

Sumber: Kenyataan Media KPD Saratok DSP Mathew Manggie 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok