• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 September 2026 | 03:39 PM

Sarawak Perkukuh Kawalan Rabies! Sasaran Bebas Rabies Terus Diperkasa

KUCHING - Sarawak terus mempertingkatkan langkah pemantauan, penguatkuasaan, dan kawalan pergerakan haiwan merentasi sempadan bagi mengekalkan momentum ke arah mencapai status bebas rabies di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa kedudukan geografi Sarawak di Pulau Borneo memerlukan kerjasama erat merentasi sempadan dengan wilayah jiran.

Menurut beliau, penularan penyakit rabies tidak terhad kepada mana-mana sempadan pentadbiran, daerah, mahupun negara.

"Rabies tidak mengenal sempadan. Penyakit ini tidak membezakan daerah, negeri atau negara. Oleh itu, usaha kita untuk menanganinya tidak boleh terhad kepada sempadan pentadbiran sahaja," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh timbalannya , Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian pada majlis pelancaran Rabies in Asia (RIA) 2026 yang dianjurkan bersekali dengan Rabies in Borneo (RIB) 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa, 29 September.

Peranan IBET Dan Vaksinasi Oral (ORV) Diperkasa

Premier Sarawak turut menambah bahawa peranan Pasukan Penguatkuasaan Imunisasi Belt (IBET) perlu terus diperkasakan sebagai komponen penting dalam usaha kawalan rabies, terutamanya di kawasan berisiko tinggi laluan haiwan merentasi sempadan.

Seramai 113 anggota IBET turut serta dalam persidangan terbaharu itu bagi memantapkan strategi pemantauan di lapangan.

Selain pemantauan fizikal, Sarawak turut memperluas pendekatan Oral Rabies Vaccination (ORV) khusus bagi menyasarkan anjing liar yang sukar ditangkap secara konvensional. Program lapangan terbaharu menyaksikan pengagihan 2,281 umpan vaksin oral serta pendaftaran imunisasi ke atas 3,579 ekor anjing.

Pendekatan One Health Dan Kerjasama Strategik

Datuk Patinggi Abang Johari menegaskan bahawa misi membasmi wabak rabies tidak boleh digalas oleh pihak kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan gabungan kepakaran teknikal, agensi penguatkuasaan, PBT, serta badan bukan kerajaan (NGO).

Sehubungan itu, pendekatan One Health yang menggabungkan sektor kesihatan awam dan veterinar terus menjadi teras utama. Penjenamaan platform daripada Rabies in Borneo kepada Rabies in Asia turut membuka ruang kerjasama yang lebih luas dari sudut perkongsian kepakaran dan kawalan sempadan berasaskan antarabangsa.

Sumber: Laman Facebook Rasmi Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok