BETONG - Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Betong merekodkan 95,486 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya bermula 25 hingga 27 September 2026.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Gerald Rentap Jabu berkata walaupun jumlah itu tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, namun ia mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan antara rakyat dan perkhidmatan awam.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan SKS Bahagian Betong di Kompleks Sukan Betong, hari ini.
Datuk Gerald turut menyampaikan hadiah utama e-Peraduan SKS Betong kepada pemenang bertuah, Naziah binti Annuar, yang membawa pulang sebuah kereta Perodua Bezza.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back