• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 September 2026 | 11:56 AM

Kad Debit AFFIN LuminouSITI Visa, Bawa Dunia Dato’ Sri Siti Nurhaliza Lebih Dekat Dengan Pelanggan

KUALA LUMPUR – Kumpulan AFFIN semalam melancarkan kad debit gaya hidup baharu, yang menggabungkan kemudahan perbankan harian dengan pelbagai keistimewaan dan pengalaman eksklusif.

Kad debit yang dikenali sebagai AFFIN LuminouSITI Visa itu diinspirasikan oleh Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, yang juga Duta Jenama AFFIN.

AFFIN dalam kenyataannya memaklumkan, kad berkenaan menawarkan pelbagai keistimewaan kepada pemegangnya.

Antaranya, pengecualian yuran tahunan kad debit sepanjang hayat, diskaun 20 peratus untuk produk SimplySiti dan AFIYA terpilih, serta diskaun 20 peratus untuk tiket konsert Gema Bumantara Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 17 Oktober 2026.

Semua keistimewaan berkenaan tertakluk kepada terma dan syarat, syarat kelayakan serta ketersediaan yang ditetapkan.

Kerjasama berkonsepkan ‘Dunia Penuh Pesona’ itu turut menampilkan pilihan peribadi dan kegemaran Dato’ Sri Siti Nurhaliza, berdasarkan perjalanan hidup beliau.

Ia sekali gus menggabungkan elemen perbankan, gaya hidup dan budaya Malaysia dalam satu pendekatan yang tersendiri.

AFFIN LuminouSITI boleh dibuka dengan deposit minimum RM50, manakala pelanggan perlu mengekalkan baki minimum akaun sebanyak RM300 untuk menikmati keistimewaan tambahan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.

Kad itu akan tersedia mulai 17 Oktober ini di reruai AFFIN semasa konsert Gema Bumantara di Stadium Nasional TM Bukit Jalil, dan mulai 19 Oktober 2026 di cawangan AFFIN terpilih.

Maklumat lanjut boleh layari AffinAlways.com.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok