• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 September 2026 | 09:47 AM

Lebih 230,000 Ahli NUTP Nikmati Potongan Harga Tiket Penerbangan Batik Air Malaysia

KOTA BHARU - Lebih 230,000 ahli Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di seluruh negara bakal menikmati kemudahan potongan harga tiket penerbangan menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai bersama Batik Air Malaysia pada Isnin, 21 September 2026.

Presiden NUTP, Aminuddin Awang berkata, inisiatif berkenaan diharapkan dapat memberi nilai tambah kepada ahli serta menarik lebih ramai guru untuk menyertai kesatuan itu pada masa hadapan.

Beliau menambah, jumlah keahlian NUTP yang besar membuka ruang luas untuk meneroka pelbagai peluang kerjasama strategik bersama pihak swasta.

“Dengan bilangan ahli NUTP sebanyak 230,000, ia sebenarnya membuka ruang untuk memberi manfaat kepada ahli dan pada masa sama kepada rakan strategik kita,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU di Kota Bharu.

Dokumen perjanjian berkenaan ditandatangani oleh Aminuddin bersama Pengurus Jualan Korporat Batik Air Malaysia, Pravinderjeet Singh.

Kurangkan Beban Kos Perjalanan Warga Pendidik

Dalam pada itu, Pegawai Khas Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air, Seif Shaquille Shahril menegaskan syarikat penerbangan berkenaan komited untuk memperkukuh hubungan jangka panjang bersama pihak NUTP.

Antara faedah yang disediakan merangkumi kadar korporat, diskaun khas, potensi tawaran tiket percuma mengikut terma dipersetujui, serta kemudahan potongan harga tiket bagi golongan pelajar.

“Inisiatif berkenaan dilihat penting dalam keadaan ekonomi semasa yang mencabar termasuk kesan krisis minyak yang menyebabkan kos perjalanan turut menjadi perhatian,” jelas beliau.

Syarikat penerbangan Batik Air kini menawarkan rangkaian laluan ke pelbagai destinasi antarabangsa utama merangkumi Jeddah, China, dan India, di samping perkhidmatan kabin kelas perniagaan dan ekonomi bagi penerbangan domestik.

Sumber: BERNAMA 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok