• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 September 2026 | 01:49 PM

Usaha Kemanusiaan Tidak Lagi Terhad Kepada Sumbangan Fizikal.

KUCHING – Penglibatan sektor korporat dalam usaha kemanusiaan, kini tidak lagi terhad kepada sumbangan dalam bentul fizikal atau kewangan semata-mata.

Sebaliknya ia turut diperkasa menerusi pemanfaatan teknologi bagi memudahkan penyaluran bantuan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, usaha itu dibuktikan menerusi inisiatif syarikat Pay & Go Sdn. Bhd., yang memperkenalkan fungsi eDerma dalam aplikasinya.

Menurut beliau, fungsi tersebut menyediakan saluran digital yang lebih mudah dan praktikal kepada orang ramai, untuk menyalurkan sumbangan kepada usaha kemanusiaan dan kebajikan.

Kemudahan berkenaan berpotensi untuk diperluaskan kepada aktiviti kebajikan, terutama dalam kalangan generasi muda yang menggunakan platform digital dalam urusan harian.

Pada masa sama, penglibatan syarikat itu membuktikan kepakaran teras sesebuah syarikat boleh dimanfaatkan bagi memenuhi keperluan masyarakat, bukan sekadar melalui sokongan kewangan.

Menerusi pendekatan itu, teknologi bukan sahaja berfungsi sebagai medium transaksi, malah menjadi pemudah cara untuk menggalakkan lebih ramai anggota masyarakat menyumbang mengikut kemampuan masing-masing.

Kerjasama berkenaan juga turut mencerminkan kepentingan penglibatan sektor swasta dalam memperkukuh usaha kemanusiaan menerusi inovasi, kepakaran dan infrastruktur yang dimiliki.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pelancaran eDerma Pay & Go dan Kerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Sarawak, di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok