• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

14 September 2026 | 01:24 PM

Aplikasi 'Pay & Go' Berkembang, Sedia Kemudahan eDerma Untuk Manfaat Masyarakat

KUCHING – Aplikasi 'Pay & Go' kini mengembangkan kemudahannya daripada sekadar platform pembayaran dan parkir, kepada saluran sumbangan menerusi kemudahan eDerma.

Ketua Pegawai Eksekutif Pay & Go Sdn. Bhd., Eddie Wee berkata, inisiatif itu diperkenalkan bagi memanfaatkan penggunaan teknologi dalam memberikan impak positif kepada pembangunan masyarakat.

Menurut beliau, aplikasi itu kini mempunyai lebih 600,000 pengguna yang berpotensi digerakkan sebagai sebuah komuniti untuk menyokong pelbagai usaha kemanusiaan.

Jelasnya, kemudahan eDerma terbuka kepada semua pengguna aplikasi untuk membuat sumbangan, mengikut kemampuan masing-masing, termasuk dalam jumlah yang kecil.

Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menyalurkan sumbangan secara tanpa nama, sekali gus memberikan ruang kepada penderma yang mahu menjaga privasi dan tidak mahu identiti mereka diketahui.

Tambah beliau, pihaknya menyasarkan eDerma menjadi platform yang menghimpunkan lebih banyak organisasi amal dan komuniti di Sarawak pada masa akan datang.

Usaha itu sekali gus dapat memudahkan rakyat di negeri ini menyalurkan sumbangan bagi pelbagai tujuan kemanusiaan menerusi satu platform.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran eDerma Pay & Go dan Kerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Sarawak di Kuching, hari ini.

Sebagai langkah awal, Pay & Go turut memeterai kerjasama dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Sarawak bagi memperkukuh pelaksanaan inisiatif berkenaan.

Kerjasama itu menjadi langkah awal dalam menggabungkan kekuatan teknologi, organisasi dan masyarakat bagi memastikan usaha sumbangan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan berkesan.

Menerusi eDerma, Pay & Go berharap lebih ramai anggota masyarakat dapat bersama-sama menyumbang bagi membantu golongan yang memerlukan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok