• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 September 2026 | 10:53 AM

Kepakaran HPU UNIMAS Berpotensi Pacu Ekosistem Kesihatan Sarawak

BAU – Kepakaran yang dimiliki Hospital Pengajar UNIMAS (HPU), berpotensi menjadi pemacu utama dalam memperkukuh ekosistem kesihatan di Sarawak.

Ia khususnya menerusi inovasi yang memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, kehadiran pakar perubatan dari institusi itu, membuktikan kekuatan dalam menyokong pembangunan sektor kesihatan negeri.

Menurut beliau, kerajaan negeri terus komited memperkasakan sektor kesihatan sebagai antara agenda utama, termasuk melalui pengukuhan kerjasama strategik dengan HPU.

Sehubungan itu, kerajaan negeri akan terus memperkukuh hubungan dan kerjasama strategik bersama UNIMAS bagi mencari penyelesaian terhadap cabaran sebenar yang dihadapi dalam pembangunan kesihatan di Sarawak.

Katanya, inovasi dalam bidang kesihatan bukan sekadar berkaitan kecanggihan teknologi.

Sebaliknya ia perlu dilihat dari segi nilai dan impak yang dapat dicipta kepada kehidupan rakyat.

Beliau berkata, inovasi yang bermakna ialah teknologi yang boleh dibawa ke lapangan serta kepakaran yang dapat disampaikan secara langsung kepada masyarakat.

Justeru, Program KHUAM KPT Prihatin MADANI 2026 merupakan satu langkah strategik ke arah membentuk pendekatan perkhidmatan kesihatan yang lebih dekat dengan rakyat.

Pendekatan itu juga dapat menjadikan perkhidmatan kesihatan lebih responsif terhadap keperluan masyarakat serta berorientasikan komuniti.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan program berkenaan di Bau, semalam.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok