• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

10 September 2026 | 04:35 PM

Anugerah Wanita Ikon Sarawak Jadi Amanah Perkasa Wanita

KUCHING - Pengiktirafan sebagai Wanita Ikon Sarawak 2026/2027 bukan sekadar satu anugerah, sebaliknya amanah untuk terus memperkasa wanita menerusi perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman.

Menurut Wanita Ikon Sarawak 2026/2027, Chef Imelda Harris, tanggungjawab itu perlu digalas dengan penuh keikhlasan kerana setiap pengiktirafan datang bersama tanggungjawab besar kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Keringkam Kenyalang: Gerakan Pemerkasaan Wanita Sarawak 2026, di Dewan Wisma Wanita, Kuching, hari ini.

Program berkenaan menjadi platform menghimpunkan wanita daripada pelbagai etnik dan latar belakang, selain memberi ruang kepada mereka berkongsi kemahiran serta pengalaman.

Chef Imelda berkata program itu akan diperluaskan ke beberapa lokasi termasuk Miri, Limbang dan Lawas, dengan tiga segmen utama iaitu perkongsian ilmu, pertunjukan bakat dan interaksi.

Menurutnya, usaha memperkasa wanita turut boleh memberi perubahan besar kepada kehidupan, khususnya golongan wanita di luar bandar.

Dalam pada itu, Chef Imelda menyeru wanita supaya tidak takut mencuba perkara baharu dan tidak mudah berputus asa apabila berdepan kegagalan.

Katanya, setiap kesilapan merupakan pengalaman yang boleh dijadikan pembelajaran untuk terus maju.

Minatnya dalam bidang masakan turut dimanfaatkan untuk memperkenalkan makanan dan produk Sarawak ke peringkat antarabangsa, termasuk membawa gula apong ke Perancis dan Sepanyol.

Beliau berharap gerakan berkenaan dapat menjadi wadah berterusan untuk menyatukan serta memperkasakan wanita Sarawak tanpa mengira latar belakang.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok