• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

07 September 2026 | 01:09 PM

Warga Emas 67 Tahun Maut, Motosikal Terbabas Di Jalan Haji Baki - Kampung Semeba

PADAWAN - Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan di Jalan Haji Baki menghala ke Jalan Kampung Semeba, pagi Isnin, 7 September 2026.

Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 6:00 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Phighur Hardy Anton, 67, menunggang motosikal jenis Modenas Kriss sebelum disahkan maut di lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Barry William mengesahkan pihak polis menerima maklumat berhubung kemalangan berkenaan pada jam 6:40 pagi.

"Siasatan awal di lokasi mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dari arah Jalan Haji Baki menghala ke Jalan Kampung Semeba sebelum disyaki hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan sebelah kiri," katanya dalam kenyataan media.

Kecederaan Parah Di Bahagian Muka

Menurut beliau, pemeriksaan awal oleh pembantu pegawai perubatan mengesahkan mangsa menghembuskan nafas terakhir pada jam 6:55 pagi akibat kecederaan parah di bahagian muka.

Siasatan lanjut polis turut mendapati mangsa mempunyai lesen memandu yang telah tamat tempoh, manakala motosikal terbabit tidak dilindungi Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta insurans.

Kes kini diklasifikasikan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihak polis telah mengambil tindakan di tempat kejadian dan kini dalam proses mengesan saksi bagi melengkapkan siasatan, manakala motosikal terbabit ditahan untuk pemeriksaan PUSPAKOM.

Sumber: IPD Padawan 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok