• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

26 August 2026 | 09:00 AM

IPU Sarawak Pagi Ini: Lima Kawasan Kategori Tidak Sihat, Lubok Antu Catat IPU 181

KUCHING - Situasi jerebu di Sarawak pagi ini, 26 Ogos 2026, memperlihatkan lima kawasan berada pada status Tidak Sihat berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) masih melepasi julat 100 setakat jam 8:00 pagi.

Berdasarkan laporan Daily Haze Watch terkini, Lubok Antu merekodkan angka IPU tertinggi di Sarawak dengan bacaan 181, mengekorinya Sri Aman pada paras 167 dan IPD Serian pada 166.

Dua lagi stesen yang masih mencatatkan bacaan kualiti udara tidak sihat ialah Samarahan dengan IPU 162 dan Tebedu pada 139.

Kuching Dan Sarikei Kembali Ke Tahap Sederhana

Sementara itu, kualiti udara di beberapa kawasan menunjukkan penurunan bacaan berbanding semalam. Bandaraya Kuching kini mencatatkan IPU 99 dan Sarikei pada 98, sekali gus menukar status kualiti udara di lokasi berkenaan kepada tahap Sederhana.

Secara keseluruhan, 13 stesen pemantauan lain seperti Sibu, Mukah, Bintulu, dan Miri turut berada pada status Sederhana (IPU 51–100).

Orang awam khususnya di kawasan berisiko tinggi dinasihatkan mengurangkan aktiviti fizikal di luar bangunan dan kekal mengambil langkah berwaspada.

Sumber: Laman Web Rasmi NREB Sarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok