• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 August 2026 | 09:05 AM

Potensi 'Super El Nino' Dijangka Landa Negara, Capai Kemuncak Hujung 2026

PUTRAJAYA - Potensi fenomena El Nino mencapai kategori sangat kuat atau "El Nino Super" menjelang tempoh Oktober hingga Disember ini berada pada tahap tinggi dengan kebarangkalian melebihi 90 peratus.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip memberitahu, ramalan ini dibuat berdasarkan trend menaik yang signifikan dalam Relative Oceanic Niño Index (RONI) serta suhu permukaan laut mingguan yang mencatatkan lebih 1.8 darjah Celsius di atas purata klimatologi.

Beliau menjelaskan intensiti fenomena tersebut dijangka terus mengukuh dan berada pada tahap kemuncak menjelang penghujung tahun 2026.

“Konfigurasi iklim global terkini menunjukkan fenomena El Nino 2026-2027 berpotensi menjadi antara yang paling ekstrem pernah direkodkan dan dijangka melepasi atau sekurang-kurangnya menyamai impak El Nino sangat kuat pada 1997 hingga 1998 serta 2015 hingga 2016,” katanya.

Kombinasi Bersama Fenomena IOD Positif

Lebih membimbangkan, episod El Nino kali ini berlaku serentak dengan fenomena Indian Ocean Dipole (IOD) positif yang berupaya memburukkan lagi keadaaan pengurangan jumlah taburan hujan di rantau Asia Tenggara.

Menurut Dr Mohd Hisham, El Nino bertindak mengurangkan bekalan kelembapan udara dari Lautan Pasifik, manakala IOD positif pula menyekat kelembapan dari Lautan Hindi.

Kombinasi kedua-dua fenomena ini akan meningkatkan kebarangkalian hari tanpa hujan yang lebih panjang serta keadaan cuaca jauh lebih panas dan kering, terutamanya di kawasan selatan ASEAN termasuk Malaysia.

Kesan Dijangka Ketara Bermula Februari 2027

Berdasarkan corak episod El Nino terdahulu, pengurangan taburan hujan yang ketara dijangka berlaku pada penghujung Musim Monsun Timur Laut (MTL) serta fasa peralihan monsun.

Sehubungan itu, peningkatan suhu persekitaran yang lebih membahang dijangka dirasai secara lebih ketara di seluruh negara bermula Februari hingga Mei tahun hadapan.

MetMalaysia memberi jaminan akan sentiasa menjalankan pemantauan berterusan berhubung perkembangan iklim ini bersama risiko kejadian kebakaran hutan serantau.

Sumber: BERNAMA 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok