• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

13 August 2026 | 03:32 PM

Jerebu Negara Dijangka Tiada Perubahan Ketara Dalam Tempoh 3 Hingga 5 Hari - MetMalaysia

KUALA LUMPUR - Situasi jerebu yang sedang melanda negara ketika ini dijangka tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara bagi tempoh tiga hingga lima hari akan datang.

Pengarah Kanan Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional (POCGN) MetMalaysia, Maqrun Fadzli Mohd Fahmi memaklumkan bahawa walaupun hujan diramal berlaku di beberapa kawasan, taburannya masih belum mencukupi untuk memulihkan kualiti udara secara menyeluruh.

"Daripada maklumat yang kami ada setakat ini, kita tidak melihat ada satu perubahan besar daripada situasi ini. Kita jangka keadaan ini akan hampir sama juga dan dalam beberapa hari akan datang, akan ada sedikit hujan berbanding keadaan kering sekarang. Namun hujan yang sedikit mungkin tidak mampu menghilangkan kesan jerebu," katanya.

Monsun Barat Daya Bawa Cuaca Panas Dan Kering

Jelas beliau, faktor utama yang menyumbang kepada keadaan berjerebu ini adalah fasa Monsun Barat Daya yang lazimnya berlaku dari Mei hingga September.

Keadaan ini membawa cuaca yang lebih kering dan berkurangan hujan, sekali gus meningkatkan risiko berlakunya pembakaran serta menghasilkan asap dan jerebu.

MetMalaysia kini sentiasa memantau pencerapan titik panas melalui imej satelit serta menggabungkan data tiupan angin bagi mengunjurkan pergerakan asap zarah terampai.

Sarawak Paling Terjejas, 10 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat

Keadaan berjerebu dilaporkan lebih buruk di bahagian barat dan selatan Sarawak hingga mengakibatkan penutupan lebih 100 buah sekolah di daerah Serian semalam, selain turut menjejaskan beberapa kawasan di Semenanjung termasuk Lembah Klang.

Setakat tengah hari Khamis, data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) mengesahkan 10 kawasan berada pada tahap Tidak Sihat:

  • Sarawak: Samarahan, Serian, Kuching, Sri Aman, Sarikei, Mukah, dan Sibu.

  • Semenanjung: Johan Setia (Selangor), Cheras (Kuala Lumpur), dan Minden (Pulau Pinang).

Orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka serta mengehadkan pergerakan di luar rumah bagi mengelakkan risiko kesihatan.

Sumber: BERNAMA 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok