• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 August 2026 | 05:57 PM

Jerebu Di Sarawak: Tebedu Dan Serian Merekodkan IPU Sangat Tidak Sihat, 108 Sekolah Ditutup

KUCHING - Situasi kualiti udara di Sarawak bertambah buruk apabila dua kawasan iaitu Tebedu dan Serian secara rasmi mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada kategori Sangat Tidak Sihat setakat jam 4.00 petang, Rabu, 12 Ogos 2026.

Menurut kenyataan media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Tebedu mencatatkan bacaan IPU 212 manakala Serian berada pada paras 202. Selain itu, 11 kawasan lain berada pada kategori Tidak Sihat iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu, Bintulu, Samalaju, Miri, Lundu, Lubok Antu, dan Lawas.

108 Sekolah Di Serian Ditutup, Pelajar Ikut PdPR

Mematuhi Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan di bawah bidang kuasa Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, sekolah, tadika, dan taska wajib ditutup serta-merta sebaik bacaan IPU mencecah paras 200.

"Susulan bacaan IPU yang melebihi 200 di Bahagian Serian, sebanyak 108 buah sekolah di kawasan berkenaan telah ditutup sementara sebagai langkah pencegahan bagi melindungi keselamatan dan kesihatan murid serta warga sekolah. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan sepanjang tempoh penutupan ini," jelas JPBNS.

Jerebu Rentas Sempadan Dari Kalimantan

Laporan Asean Specialised Meteorological Centre (ASMC) bagi tempoh 1 hingga 11 Ogos 2026 mengesan sebanyak 3,853 titik panas di Kalimantan, Indonesia berbanding hanya 75 titik panas di Sarawak.

Keadaan tiupan angin konsisten dari arah barat daya berikutan fasa Monsun Barat Daya menyumbang kepada kejadian jerebu rentas sempadan yang menjejaskan kualiti udara di Sarawak dan dijangka berterusan jika pembakaran biojisim di wilayah jiran terus meningkat.

Amaran Denda RM100,000 Jika Lakukan Pembakaran Terbuka

Pihak Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) memberi peringatan tegas kepada orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti pembakaran terbuka. Mereka yang disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 30(1)(a) dan Seksyen 30(2) Natural Resources and Environment Ordinance boleh dikenakan denda sehingga RM100,000.00 atau penjara sehingga 5 tahun, atau kedua-duanya sekali.

Orang ramai digesa mengurangkan aktiviti di luar rumah, memakai pelitup muka yang sesuai, serta melaporkan sebarang insiden pembakaran terbuka menerusi Hotline NREB di talian 082-447488 atau 082-319500. 

Sumber: Kenyataan Media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok