• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

06 August 2026 | 11:04 AM

Pasangan Suami Isteri Dilapor Hilang Ditahan Polis Berhubung Penipuan Skim Kutu RM25,000

ALOR SETAR - Kes kehilangan tiga beranak yang tular di media sosial sejak Julai lalu mengambil cerita baharu apabila pasangan suami isteri berkenaan ditahan polis berhubung kes penipuan permainan "kutu".

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim mengesahkan pasangan berusia 36 dan 39 tahun itu telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada jam 1.30 pagi tadi, 6 Ogos 2026.

Ditahan Reman Empat Hari Bawah Seksyen 420

Menurut Mohd Radzi, penahanan itu dibuat selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang mangsa yang mendakwa diperdaya menerusi permainan kutu berkenaan sehingga mengalami kerugian RM25,000.

"Pasangan berkenaan ditahan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan kini dikenakan perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut," katanya.

Latar Belakang Laporan Kehilangan

Sebelum ini, kes kehilangan pasangan suami isteri itu bersama anak lelaki mereka yang berusia sembilan tahun tular dan mendapat perhatian ramai di media sosial.

Laporan awal telah dibuat oleh seorang ahli keluarga di Balai Polis Bukit Kayu Hitam selepas ketiga-tiga mereka gagal dihubungi sejak 20 Julai lalu, selain pihak sekolah mengesahkan kanak-kanak berkenaan tidak hadir ke kelas.

Siasatan lanjut kini diteruskan bagi mengenal pasti sekiranya ada mangsa lain yang turut terpedaya dengan skim berkenaan.

Sumber: BERNAMA 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok