• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

30 July 2026 | 03:35 PM

Empat Lelaki Ditahan Positif Dadah Dan Ketum Dalam Ops Bersepadu IPD Mukah

MUKAH - Empat lelaki tempatan ditahan pihak berkuasa selepas didapati positif dadah dan ketum dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dijalankan di sekitar daerah Mukah.

Operasi yang berlangsung pada 29 Julai dari jam 2.30 petang hingga 6.00 petang itu diketuai oleh Inspektor Mohd Rahmat Bin Jalimin berserta anggota IPD Mukah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Mukah.

84 Kenderaan Dan 90 Individu Diperiksa

Pelaksanaan operasi tersebut merangkumi konsep Sekatan Jalan Raya (SJR) di Jalan Mukah-Balingian berhampiran simpang Kampung Jebungan, selain pemeriksaan mengejut (Snap Check) dan rondaan di kawasan perumahan serta pusat komersial.

Sepanjang tempoh operasi, sebanyak 84 buah kenderaan dan 90 orang individu telah diperiksa secara menyeluruh.

"Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan oleh AADK mengesahkan tiga individu positif dadah jenis methamphetamine, manakala seorang lagi didapati positif ketum," menurut kenyataan media IPD Mukah hari ini, 30 Julai 2026.

Tindakan Undang-Undang & Saman Traffik

Kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Penagih Dadah dan Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 untuk tindakan lanjut.

Di samping itu, pihak polis turut mengeluarkan 12 keping saman atas pelbagai kesalahan peraturan lalu lintas terhadap pemandu kenderaan dan penunggang motosikal.

IPD Mukah menegaskan operasi pencegahan jenayah seumpama ini akan terus dipergiat dari semasa ke semasa bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman masyarakat setempat.

Sumber: Kenyataan Media IPD Mukah

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok