• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 July 2026 | 03:49 PM

Kes Hina Mahkamah Inkues Zara Qairina: Shafie Apdal Dijatuhi Hukuman Penjara Lima Minggu

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Semporna yang juga bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dijatuhi hukuman penjara lima minggu oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini, 29 Julai 2026.

Hukuman itu dijatuhkan selepas beliau didapati bersalah menghina mahkamah berhubung kenyataan yang dibuat berkaitan kes inkues kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Pihak Pemohon Berjaya Bukti Kes Melampaui Keraguan Munasabah

Hakim Amir Shah Amir Hassan ketika membuat keputusan menyatakan pihak Peguam Negara selaku pemohon berjaya membuktikan permohonan terhadap Presiden Parti Warisan itu melampaui keraguan munasabah.

"Mahkamah berpuas hati bahawa pemohon berjaya membuktikan Notis Permohonan dalam Lampiran 1 (menghina mahkamah) melampaui keraguan munasabah terhadap responden. Oleh itu, mahkamah mendapati responden bersalah menghina mahkamah dan beliau disabitkan atas kesalahan tersebut," tegas beliau mengikut peruntukan Seksyen 99A dan Perenggan 26, Jadual Ketiga Akta Mahkamah Rendah 1948.

Penangguhan Pelaksanaan Hukuman Dibenarkan

Walau bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara lima minggu berkenaan sementara menunggu proses rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi, biarpun mendapat bantahan daripada pihak pendakwaan.

Dalam prosiding tersebut, Mohd Shafie diwakili oleh peguam Jakariya AB Jalil dan Chen Ket Chuin, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P. Kunyalam dan Nadia Mohd Izhar.

Untuk rekod, Mahkamah Koroner sebelum ini mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Mohd Shafie pada 22 September tahun lepas berhubung kenyataan yang didakwa mengganggu perjalanan prosiding inkues kematian Allahyarham Zara Qairina, 13, yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar sebelum disahkan meninggal dunia pada 17 Julai tahun lalu.

Sumber: BERNAMA 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok