KUCHING - Pihak Hospital Umum Sarawak (HUS) sedang giat mengesan waris atau ahli keluarga kepada seorang pesakit wanita yang dikenali sebagai Rose Khoo.
Pesakit berkenaan dilaporkan kini sedang menerima rawatan di Wad ICU 2, Hospital Umum Sarawak sejak 17 Jun 2026 yang lalu.
Alamat Terakhir Di RPR Taman Sri Cahaya
Berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan HUS, Hamzah Bin Bolhan, merujuk kepada rekod daftar kemasukan ke wad, pesakit mempunyai alamat berdaftar di Block 4, No.112, Ground Floor, RPR Taman Sri Cahaya, Jalan Tondong, 93250 Kuching, Sarawak.
Pihak hospital telah mengambil pelbagai inisiatif bagi menghubungi pihak keluarga, namun nombor telefon yang didaftarkan sebelum ini didapati tidak lagi berada dalam perkhidmatan atau tidak dapat dihubungi.
"Sebarang usaha dan maklumat daripada orang awam amat dihargai bagi membolehkan pihak hospital berhubung terus dengan ahli keluarga terdekat pesakit," jelas kenyataan berkenaan hari ini.
Maklumat Talian Untuk Dihubungi
Justeru itu, pihak HUS merayu kepada sesiapa yang mengenali pesakit atau ahli keluarga terdekat supaya dapat menghubungi pihak hospital dengan kadar segera.
Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus dengan Puan Rita Fazlin Bt Awang @ Ibrahim, Pegawai Kerja Sosial Perubatan HUS di talian 082-276666 sambungan 4374 pada waktu pejabat.
Selain itu, pertanyaaan juga boleh dibuat dengan menghubungi terus ke Wad ICU 2 HUS di talian 082-276666 sambungan 2213.
Sumber: Kenyataan Media Hospital Umum Sarawak (29 Julai 2026)
Back