• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 July 2026 | 06:48 PM

Dokumentari 'Human Odyssey' Terbitan TVS Angkat Sejarah Sarawak ke Pentas Dunia

KUCHING — Siri dokumentari 'Human Odyssey' terbitan TVS, menjadi satu usaha penting bagi memartabatkan industri kreatif tempatan, dalam mengetengahkan khazanah sejarah Sarawak ke peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Media Group, Kushairi Abang berkata, penerbitan dokumentari tempatan seumpama itu amat kritikal, bagi memastikan naratif sejarah negeri terus terpelihara menerusi kaca mata anak tempatan.

Menurut beliau, orang Sarawak sendiri perlu tampil mendokumentasikan sejarah negerinya kerana "kalau bukan kita, siapa lagi."

Katanya, Sarawak mempunyai banyak ruang dan potensi penceritaan sejarah yang masih boleh didokumentasikan.

Sehubungan itu, beliau menegaskan peranan penerbit muda untuk tampil dengan idea kreatif dalam usaha memajukan industri berkenaan.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Tayangan Perdana Dokumentari TVS 'Human Odyssey' di Kuching, hari ini.

Terdahulu, dokumentari tersebut menceritakan perjalanan menelusuri asal-usul manusia di Asia Tenggara dan Borneo, termasuk menjejaki laluan migrasi purba serta membongkar penemuan bersejarah di Gua Niah.


Awal penceritaan dokumentari ini turut merungkai enigma 'The Deep Skull', iaitu penemuan tengkorak manusia yang dianggarkan berusia antara 38,000 hingga 42,000 tahun.

Siri dokumentari enam episod itu akan mula ditayangkan di saluran TVS pada jam 9.00 malam, 3 Ogos ini, dengan kekerapan tiga kali siaran seminggu.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan bahawa 'Human Odyssey' juga bakal ditayangkan di peringkat antarabangsa termasuk di China, Singapura, Indonesia, dan Australia menerusi program perkongsian kandungan rentas sempadan.

Mengulas mengenai perancangan masa depan, beliau memberi bayangan bahawa siri kedua dokumentari berkenaan akan diterbitkan sebaik sahaja kajian berkaitan selesai dijalankan.

Siri susulan itu dijangka mengupas penemuan fosil gigi purba yang dianggarkan berusia melebihi 60,000 tahun.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok