• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 July 2026 | 05:50 PM

RM 10 Ribu Diperuntukkan, Cabaran TikTok UKAS Diperluas Sempena Hari Malaysia

KUCHING — Penganjuran Cabaran TikTok Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) akan diperluaskan sempena sambutan Hari Malaysia September ini, susulan kejayaan penganjurannya bagi sambutan Hari Sarawak baru-baru ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, penganjuran cabaran itu berjaya mencungkil pelbagai penceritaan digital di peringkat akar umbi.

Sehubungan itu, inisiatif seumpama itu wajar diteruskan bagi menggalakkan penghasilan kandungan kreatif tempatan yang positif serta berimpak tinggi.

Komitmen tersebut dizahirkan secara langsung menerusi pengumuman peruntukan sebanyak RM10,000 bagi tujuan berkenaan.

Beliau memaklumkan perkara itu semasa berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Cabaran TikTok UKAS 2.0 di Kuching, hari ini.

Terdahulu, Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan berkata, edisi kali ini menerima sebanyak 128 video penyertaan daripada seluruh bahagian di Sarawak.

Jumlah tersebut merangkumi 83 penyertaan bagi Kategori Awam dan 45 penyertaan bagi Kategori Sekolah.

Menurut beliau, peningkatan berbanding edisi terdahulu itu mencerminkan keberkesanan inisiatif berkenaan yang berjaya meraih capaian melebihi 603,000 di platform media sosial, selain mencatat lebih 14,000 interaksi.

Sebagai bentuk penghargaan dan pengiktirafan terhadap karya peserta, video-video terbaik yang terpilih akan ditayangkan dalam siaran buletin berita rasmi UKAS bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan kelak.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok