• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

24 July 2026 | 02:02 PM

Cabaran TikTok UKAS 2.0, Singkap Suara dan Keperluan Akar Umbi Sarawak

KUCHING - Platform media sosial tidak lagi sekadar ruang hiburan kosong, sebaliknya mula dimanfaatkan sebagai cermin realiti untuk menyingkap kehidupan serta keperluan infrastruktur masyarakat di seluruh pelosok Sarawak.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, perkembangan positif itu dibuktikan menerusi penganjuran Cabaran TikTok UKAS 2.0.

Menurut beliau, program berkenaan diadakan sebagai platform khas untuk menyampaikan maklumat, pendidikan, dan mesej positif kepada masyarakat secara pantas dan kreatif.

Pertandingan yang diadakan bersempena dengan sambutan Hari Sarawak itu sekali gus berjaya mencungkil pelbagai penceritaan digital mengenai cabaran dan realiti kehidupan rakyat di peringkat akar umbi.

Katanya, kandungan digital yang dihasilkan para peserta mampu menyampaikan mesej tersirat mengenai kualiti hidup, kemudahan asas, serta perjuangan anak-anak pedalaman dalam menuntut ilmu.

Menerusi inisiatif pertandingan media sosial seperti itu, kerajaan secara tidak langsung dapat mengumpul maklum balas terus bagi memastikan setiap rancangan pembangunan dan polisi yang dirangka benar-benar memenuhi keperluan rakyat, khususnya di kawasan luar bandar.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah Cabaran TikTok UKAS 2.0 Sempena Hari Sarawak 2026 di Kuching, hari ini.

Mengulas lanjut, Datuk Abdullah menegaskan bahawa proses pengumpulan maklum balas secara pantas amat kritikal memandangkan sesetengah kawasan di Sarawak mempunyai saiz keluasan yang amat besar.

Sehubungan itu, beliau menekankan kepentingan kerjasama rapat antara rakyat dan agensi kerajaan, yang sinergi tersebut berjaya dizahirkan dengan berkesan menerusi penganjuran pertandingan seumpama itu.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok