• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

29 June 2026 | 12:39 PM

Penjawat Awam Perlu Beralih Kepada Peranan Pengurusan Strategik

KUCHING - Penjawat awam di Sarawak perlu mengubah peranan daripada pelaksana operasi kepada pengurus strategik dalam usaha memperkukuh pengurusan aset dan fasiliti kerajaan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata perubahan itu selaras dengan transformasi perkhidmatan awam yang memberi penekanan kepada tadbir urus, pentadbiran kontrak, pemantauan prestasi serta perancangan jangka panjang, berbanding mengendalikan operasi secara langsung.

Sehubungan itu katanya, penjawat awam disaran meningkatkan kemahiran dalam bidang perolehan, pengurusan aset, pentadbiran kontrak dan membuat keputusan berasaskan data bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam lebih cekap dan berkesan.

Pada masa sama, beliau berkata sektor swasta dijangka memainkan peranan lebih besar dalam penyampaian perkhidmatan melalui kepakaran teknikal, penggunaan teknologi, automasi dan penyelenggaraan ramalan bagi meningkatkan prestasi aset kerajaan.

Jelasnya, pendekatan itu diyakini mampu mewujudkan perkhidmatan awam yang lebih tangkas, profesional dan mampan, sekali gus menyokong aspirasi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Datuk Amar Mohamad Abu berkata demikian pada Persidangan Pengurusan Fasiliti Asia Ke-5 (FMAC 2026) yang menghimpunkan wakil agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan pemain industri di Kuching, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok