SIBU - Sarawak Water mengesahkan operasi Loji Pengambilan Air Salim kekal berjalan seperti biasa dan tidak terjejas susulan laporan penemuan bangkai haiwan di anak sungai berhampiran Salim-Stabau.
Dalam satu kenyataan hari ini, Sarawak Water memaklumkan lokasi kejadian berada di luar kawasan operasi loji dan tidak melibatkan aset atau infrastruktur Sarawak Water.
Bekalan air terawat kepada pengguna juga kekal selamat serta berkualiti.
Sarawak Water juga memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), selain akan terus memantau keadaan sebagai langkah berjaga-jaga.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back