SERIAN - Usaha memperkukuh literasi dalam kalangan masyarakat luar bandar terus dipergiat menerusi pelbagai program meliputi literasi digital, kewangan dan pendidikan bagi memastikan komuniti tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.
Pengarah Penerangan Sarawak, Sabri Said berkata, literasi yang tinggi penting untuk melahirkan masyarakat berilmu serta mampu memanfaatkan peluang ekonomi digital.
Beliau ketika merasmikan Program OooHaa Gawai Dayak AFFIN 2026 di Kampung Mujat, hari ini, berkata pendedahan kepada literasi digital dan kewangan perlu diperluaskan khususnya kepada generasi muda dan komuniti luar bandar.
Ujarnya, program itu menjadi platform memperkukuh literasi komuniti melalui pendekatan yang menggabungkan elemen budaya, pendidikan dan kewangan.
Sabri turut menegaskan komitmen kerajaan dalam memperkasa pembangunan luar bandar selaras aspirasi Malaysia MADANI dan Sarawak Maju Makmur 2030.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back