• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

27 June 2026 | 11:00 PM

AFFIN Perluas Akses Kewangan Kepada Masyarakat Luar Bandar

SERIAN - AFFIN Bank terus komited memperluaskan akses kepada perkhidmatan kewangan serta meningkatkan literasi kewangan masyarakat luar bandar menerusi penganjuran Program OooHaa Gawai Dayak AFFIN 2026 di Kampung Mujat, hari ini.

Pengarah Perbankan AFFIN Sarawak, Victor Liew Wui Tak berkata, program itu bertujuan mendekatkan komuniti dengan perkhidmatan perbankan selain memberi pendedahan mengenai pengurusan kewangan, tabiat menyimpan, perancangan masa depan dan penggunaan perbankan digital.

Menurutnya, pelbagai perkhidmatan turut disediakan termasuk pembukaan akaun, pendaftaran produk perbankan serta promosi AFFIN Kenyalang Card bagi memperluaskan inklusiviti kewangan dalam kalangan masyarakat Sarawak.

Beliau berkata, inisiatif itu selaras dengan pelan strategik AFFIN Axelerate 2028 (AX28) yang menekankan konsep perbankan bertanggungjawab dengan impak, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara institusi kewangan, agensi kerajaan dan komuniti setempat.

Victor turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak atas kerjasama menjayakan program berkenaan.

Pada majlis sama, beliau turut menyampaikan sumbangan korporat AFFIN Bank kepada Kampung Mujat yang diterima Ketua Kampung, Matthew Jatau.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok