• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 June 2026 | 08:17 PM

Kejayaan Perarakan Niti Daun 2026, Cerminan Kesatuan Masyarakat Dayak Sarawak

KUCHING – Kejayaan menghimpunkan 114 kontinjen dalam Perarakan Niti Daun 2026, membuktikan semangat perpaduan dan kerjasama kukuh dalam kalangan masyarakat Dayak di Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak,  Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, penyertaan pelbagai etnik dari seluruh negeri menunjukkan komitmen tinggi masyarakat Dayak dalam memelihara warisan budaya dan menjayakan program berskala besar.

Menurut beliau, kejayaan penganjuran acara itu juga mencerminkan kesediaan masyarakat Dayak untuk terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.


Beliau berkata demikian semasa ditemui media pada Perarakan Niti Daun 2026, di Kuching, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, perarakan tersebut disertai oleh 114 kontinjen yang terdiri daripada 15 kereta berhias dan 99 pasukan perarakan.

Katanya, antara keistimewaan Niti Daun tahun ini ialah penyertaan beberapa etnik yang jarang diketengahkan dalam acara seumpama itu, termasuk etnik Remun dan Tagal.

Ia sekali gus memperlihatkan kekayaan serta kepelbagaian budaya masyarakat Dayak di Sarawak.

Menurut beliau, para peserta turut datang dari pelbagai kawasan termasuk Lawas, Miri dan beberapa bahagian lain di negeri ini, bagi memastikan acara tersebut berlangsung dengan jayanya.

Beliau menyifatkan semangat dan pengorbanan yang ditunjukkan itu amat bermakna, dalam menyumbang kepada usaha memperkukuh perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat akan terus menghargai sumbangan komuniti Dayak dalam memelihara warisan budaya serta memperkukuh pembangunan dan perpaduan negara.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok