• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

15 June 2026 | 01:46 PM

PPPU UNIMAS Rekod 1,112 Pelajar Baharu, Ambilan Terbesar Sejak 2010

KOTA SAMARAHAN – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerima seramai 1,112 pelajar baharu ke Pusat Pengajian Pra-Universiti (PPPU), sekali gus mencatat ambilan terbesar sejak pusat itu ditubuhkan pada tahun 2010.

Naib Canselor UNIMAS, Prof. Dr. Ahmad Hata Rasit berkata, pencapaian tersebut membuktikan keyakinan berterusan masyarakat terhadap program pra-universiti yang ditawarkan oleh universiti itu.

Menurut beliau, jumlah tersebut dijangka terus meningkat dalam masa terdekat berikutan kira-kira 120 permohonan rayuan yang masih dalam proses pertimbangan.

Katanya, UNIMAS menawarkan sebanyak 1,300 tempat bagi ambilan kali ini dan jumlah pelajar yang berdaftar dijangka bertambah minggu hadapan selepas proses rayuan selesai.

Beliau berkata, para pelajar berkenaan akan mengikuti pengajian dalam empat program yang ditawarkan, iaitu Program Asasi Sains Hayat, Program Asasi Sains Fizikal, Program Asasi Pengkomputeran dan <span;>Program Asasi Sains Antarabangsa.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Ikrar Pelajar Pusat Pengajian Pra-Universiti UNIMAS, di Kota Samarahan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan ikrar yang dilafazkan oleh para pelajar sebagai simbol komitmen dan kesediaan mereka untuk mengharungi cabaran akademik di peringkat yang lebih tinggi.

Ujarnya, ia bukan sekadar satu formaliti, tetapi manifestasi amanah yang perlu dipikul sepanjang perjalanan akademik mereka.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan para pelajar agar memanfaatkan sepenuhnya peluang pendidikan yang diberikan serta berusaha mencapai kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik, malah dalam aspek sahsiah dan kepimpinan.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok