BINTANGOR - Tindakan pantas penghuni rumah panjang berjaya mengawal kebakaran melibatkan sebuah stor di belakang Rumah Panjang Jawi Selidap, awal pagi tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 1.24 pagi.
Kebakaran melibatkan sebuah stor jenis tidak kekal yang terbakar kira-kira empat peratus.
Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan oleh penghuni rumah panjang menggunakan lima unit alat pemadam api sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian.
Komander operasi memaklumkan tiada mangsa dilaporkan terlibat dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back