• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

22 May 2026 | 10:26 PM

Op Mabuk Di Jalan Miri-Airport: Polis Miri Tahan Dua Penunggang Motosikal, 20 Saman Dikeluarkan

MIRI - Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri mengeluarkan 20 keping saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dan menahan dua penunggang motosikal dalam Operasi Khas “Op Mabuk” yang berakhir awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee bin Abdullah, mengesahkan operasi  tersebut bermula dari jam 11.00 malam (21 Mei) sehingga jam 2.00 pagi tadi.

Operasi yang bertumpu di sepanjang Jalan Miri-Airport itu diketuai oleh seorang Pegawai Kanan Polis bersama tujuh anggota trafik sebagai langkah pencegahan pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Sepanjang tiga jam operasi tersebut dijalankan, seramai 96 individu (72 lelaki dan 24 perempuan) serta 83 buah kenderaan telah diperiksa secara menyeluruh.

Hasil pemeriksaan di lapangan mengesan pelbagai kesalahan lalu lintas tegar, termasuk memandu tanpa lesen, pengubahsuaian ekzos (bising), cukai jalan tamat tempoh, kegagalan mempamerkan pelekat “P”, serta pelanggaran aspek teknikal lain.

"Dalam operasi sama, pihak polis turut menahan dua lelaki tempatan berusia 22 dan 23 tahun selepas ujian pernafasan awal menggunakan alat Screening Device 2 (SD2) mendapati kedua-dua suspek menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol melebihi kadar dibenarkan.

"Suspek telah dibawa ke Balai Polis Trafik Miri dan sampel darah mereka telah diambil di Jabatan Forensik Hospital Miri untuk analisis kimia lanjut," jelas beliau dalam kenyataan rasmi hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda antara RM10,000 hingga RM30,000, serta hilang kelayakan memegang lesen memandu selama dua tahun sekiranya sabit kesalahan.

ACP Mohd Farhan Lee menegaskan PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang memandu dalam keadaan mabuk sehingga mengancam keselamatan awam.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDMiri #OpMabukMiri #PolisTrafikMiri #InfoJalanRayaSarawak2026

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok