BINTULU – Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 kembali menghangatkan Bintulu dari 22 hingga 24 Mei ini di Tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu.
Program anjuran Kerajaan Sarawak itu menjadi platform rakyat mendapatkan pelbagai maklumat dan perkhidmatan kerajaan termasuk Inisiatif Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 yang menawarkan bantuan RM1,100 untuk isi rumah, RM600 warga emas dan RM375 bagi individu bujang menerusi platform SPay Global.
Pelbagai pengisian menarik turut disediakan seperti peluang kerjaya JobSarawak, penerangan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES), saringan kesihatan percuma, e-sukan, sukaneka rakyat, persembahan kebudayaan serta Konsert Rakyat.
Pengunjung juga bakal disajikan siaran langsung final Piala Malaysia melibatkan Kuching City FC dan Johor Darul Ta’zim selain peluang memenangi hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah kereta Proton e.MAS 5.
Majlis perasmian pada 23 Mei akan disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof serta barisan kepimpinan negeri dan Persekutuan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile
Back