• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

20 May 2026 | 07:46 AM

Imigresen Lancar Pasport Baharu Dengan 94 Ciri Keselamatan Mulai 1 Jun, Larang Gambar AI

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bakal melancarkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dilengkapi dengan 94 ciri keselamatan tinggi bermula 1 Jun ini, sebagai usaha memperkukuh integriti dokumen pengenalan negara di peringkat global.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, memaklumkan bahawa fasa permulaan pengeluaran pasport baharu ini akan dilaksanakan secara perintis di empat pejabat utama, iaitu Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Pejabat Pasport Jalan Duta (Kuala Lumpur), UTC Wangsa Maju, dan Pejabat Imigresen Shah Alam. Pelaksanaan ini akan diperluaskan secara berperingkat sebelum digerakkan sepenuhnya di seluruh negara menjelang Julai depan.

"Sebelum ini kita ada 49 ciri keselamatan, tetapi untuk yang baharu kita tingkatkan hampir satu kali ganda, iaitu 94 ciri keselamatan bagi memastikan ia lebih selamat dan sukar dipalsukan," katanya pada sidang media Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JIM 2025 yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pada Selasa 19 Mei.

Ciri keselamatan baharu tersebut melibatkan aspek hologram, cetakan ultraviolet (UV), elemen visual tersembunyi, ciri forensik khas, serta benang jahitan buku pasport yang berbeza pada setiap helaian.

Datuk Zakaria turut mengingatkan orang ramai agar tidak terburu-buru menukar pasport sedia ada sekiranya tempoh sah laku masih melebihi enam bulan.

Selain itu, beliau memberikan amaran tegas kepada pemohon dalam talian agar menggunakan gambar tulen dan tidak menggunakan gambar yang telah diubah suai menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Tegasnya, pegawai imigresen mempunyai kepakaran khusus untuk mengesan manipulasi digital tersebut.

Untuk rekod, PMA kini berada di tangga ketiga sebagai pasport paling berkuasa di dunia.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #ImigresenMalaysia #PasportBaharu2026 #InfoSemasaJIM

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok