• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

19 May 2026 | 11:15 AM

Angkara Tambang Punya Pasal, Tiga Remaja Tergamak Pukul, Jerut Pemandu Wanita

ALOR GAJAH - Polis Daerah Alor Gajah berjaya menahan empat remaja, termasuk dua gadis bawah umur, selepas dipercayai terlibat dalam kes serangan dan pemerasan kejam terhadap seorang pemandu e-hailing wanita berhampiran sebuah kawasan hutan di Kuala Sungai Baru, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar, mengesahkan mangsa yang berusia 41 tahun mengalami kecederaan bengkak, lebam pada beberapa bahagian badan, serta kesan jerutan parah di leher.

Beliau berkata, insiden bermula apabila mangsa menerima tempahan perjalanan pada jam 12.30 tengah malam bertarikh 14 Mei bagi membawa empat penumpang, dua remaja perempuan berusia 14 tahun serta dua remaja lelaki masing-masing berusia 15 dan 17 tahun, dari Bukit Rambai ke pekan Kuala Sungai Baru.

Setibanya di lokasi kejadian, salah seorang suspek meminta kenderaan dihentikan di kawasan sunyi atas alasan mahu mencari kenalan serta mengakui tidak mempunyai wang untuk membayar tambang.

Situasi bertukar ganas apabila dua remaja perempuan dan seorang remaja lelaki bertindak agresif menyerang dan memukul mangsa menggunakan objek keras, selain menjerut leher mangsa dari arah belakang kerusi pemandu sambil mengugutnya agar tidak meminta pertolongan.

Seorang lagi suspek remaja lelaki dilaporkan telah melarikan diri terlebih awal dari lokasi kejadian.

Mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri secara nekad sebelum tampil membuat laporan polis pada hari yang sama.

Bertindak atas maklumat, pihak polis berjaya memberkas kesemua empat remaja terbabit pada petang hari yang sama.

Kesemua suspek kini ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #IPDAlorGajah #JenayahMelaka #InfoJenayahKini

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok