• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

12 May 2026 | 03:31 PM

KKM Sedia Integrasi Penjejak Hantavirus Dalam MySejahtera Sebagai Langkah Siap Siaga

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menaik taraf aplikasi MySejahtera dengan menyertakan ciri penjejak wabak hantavirus menerusi menu Disease Tracker sekiranya keadaan memerlukan.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dato  Hanifah Hajar Taib, langkah ini merupakan strategi proaktif bagi memastikan sistem kesihatan negara sentiasa berada pada tahap kewaspadaan tertinggi terhadap ancaman penyakit berjangkit baharu.

Jelasnya, inisiatif ini bertujuan memudahkan rakyat mengakses maklumat titik panas (hotspot) jangkitan secara masa nyata.

Beliau menekankan bahawa pengalaman menghadapi pandemik COVID-19 menuntut KKM untuk lebih peka dalam memantau penularan penyakit bagi mengelakkan sebarang ancaman luar merebak ke dalam negara.

Dato Hanifah berkata demikian selepas menghadiri Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2026 di sini hari ini.

Meskipun hantavirus telah mencatatkan kematian di negara Barat, Hanifah mengesahkan keadaan setakat ini masih terkawal dan belum menunjukkan tanda-tanda penularan ke rantau Asia.

Tambahnya, KKM kini bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk memantau situasi di Eropah, terutamanya yang dikaitkan dengan penularan di kapal persiaran MV Hondius. 

Sumber: BERNAMA 

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #KKM #MySejahtera #Hantavirus #InfoKesihatan

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok