JOHOR BAHRU - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa rakyat Malaysia tidak diwajibkan untuk menukar MyKad lama kepada versi baharu secara serentak menjelang pelancarannya pada 1 Jun depan.
Beliau meminta orang ramai agar tidak berpusu-pusu ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebaik sahaja kad baharu tersebut diperkenalkan.
Menurutnya, undang-undang sedia ada mewajibkan rakyat memiliki kad pengenalan, namun tiada peruntukan yang mewajibkan pertukaran serta-merta kepada versi baharu bagi pemegang MyKad sedia ada.
MyKad versi 2026 ini akan dilengkapi dengan 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri sebelum ini, termasuk penggunaan teknologi turihan laser, hologram, kod QR untuk penguatkuasaan, dan cip dengan enkripsi yang dipertingkatkan.
Selain MyKad, versi baharu bagi MyPoCA dan MyTentera juga akan diperkenalkan pada bulan depan bagi meningkatkan tahap keselamatan dokumen pengenalan diri di negara ini.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #MyKad2026 #JPN #KDN #SaifuddinNasution #MyKadBaru
Back