MIRI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Miri menahan sebuah vesel nelayan tempatan selepas didapati melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi rutin di perairan Lutong, Khamis petang 7 Mei.
Pengarah Maritim Zon Miri, Kapten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad memaklumkan bahawa vesel tersebut ditahan pada kedudukan 3.5 batu nautika barat Lutong kira-kira jam 3.15 petang.
Hasil pemeriksaan mendapati sijil peruntukan radas komunikasi vesel berkenaan telah tamat tempoh, yang merupakan satu kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Vesel tersebut dikendalikan oleh lima kru, termasuk seorang warga tempatan dan empat warga Indonesia berusia antara 17 hingga 70 tahun.
Kesemua kru serta vesel telah dibawa ke Pusat Tahanan Vesel (PTV) untuk siasatan lanjut.
Maritim Malaysia menegaskan komitmen mereka untuk terus memperhebat rondaan bagi memastikan semua pengusaha vesel mematuhi undang-undang demi keselamatan perairan negara.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #MaritimMalaysia #ZonMiri #KeselamatanLaut
Back