• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

05 May 2026 | 01:51 PM

Pengiktirafan UNIMAS, Amanah Besar Perkukuh Pembangunan Modal Insan Sektor Strategik Negeri

Kota Samarahan – Pengiktirafan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sebagai pusat latihan dan peperiksaan bagi Kursus Kompetensi Gas dan Elektrik, memperkukuh peranannya dalam pembangunan modal insan.

Naib Canselor UNIMAS, Prof Dr Ahmad Hata Rasit, menyifatkan pengiktirafan itu sebagai satu amanah besar dalam menyokong sektor strategik negeri.

Beliau berkata, pengiktirafan tersebut membuktikan keupayaan universiti tempatan dalam melahirkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan khusus dalam bidang gas dan elektrik.

Menurutnya, Fakulti Kejuruteraan UNIMAS diberi tanggungjawab untuk membangunkan modul serta melaksanakan kursus kompetensi gas dan elektrik di Sarawak.

Antara kursus yang ditawarkan termasuk Kursus Pemasangan Gas Kelas 3 dan 2, Pendawai Elektrik Tahap 1 dan 2, Reka Bentuk Sistem Solar PV serta Chargeman L4 Solar.

Jelas beliau, pengiktirafan itu mencerminkan keyakinan terhadap kepakaran akademik serta kemudahan yang dimiliki UNIMAS dalam melaksanakan tanggungjawab berkenaan.

Ia sekali gus mengukuhkan peranan universiti itu sebagai pusat latihan dan peperiksaan yang diyakini.

Tambah beliau, penglibatan UNIMAS dalam inisiatif ini akan memperkukuh usaha Sarawak melahirkan tenaga mahir tempatan yang mampu menyokong keperluan industri dan pembangunan negeri.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penyerahan Sijil Akreditasi Pengiktirafan tersebut, di UNIMAS, Kota Samarahan, hari ini.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok