CHANGSHA (China) - Sekurang-kurangnya 21 orang disahkan maut manakala 61 lagi mengalami kecederaan dalam satu letupan dahsyat di sebuah kilang bunga api di wilayah Hunan, tengah China, Isnin petang 4 Mei.
Insiden tersebut berlaku kira-kira jam 4.43 petang di kilang milik syarikat pembuatan dan pertunjukan bunga api Huasheng yang terletak di Liuyang, bandar di bawah pentadbiran Changsha.
Letupan yang kuat itu mencetuskan operasi menyelamat berskala besar yang melibatkan lebih 480 anggota penyelamat bersama bantuan tiga unit robot penyelamat.
Pihak berkuasa tempatan mengesahkan jumlah korban setakat jam 8.00 pagi Selasa selepas pusingan pertama operasi mencari dan menyelamat (SAR) selesai.
Kesemua mangsa yang cedera kini sedang menerima rawatan di hospital berdekatan, sementara operasi SAR pusingan kedua diteruskan bagi memastikan tiada lagi mangsa yang tertinggal di lokasi kejadian.
Susulan insiden itu, polis telah menahan individu yang bertanggungjawab terhadap syarikat Huasheng untuk siasatan lanjut.
Punca sebenar letupan masih dalam proses siasatan oleh pihak berkuasa teknikal.
Sumber: BERNAMA-XINHUA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #TragediChina #HunanExplosion #FireworksFactory #Liuyang
Back