• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

05 May 2026 | 10:36 AM

Lelaki Rugi RM411,000 Terjerat Sindiket Pelaburan Saham Tidak Wujud di TikTok

KUCHING - Seorang lelaki tempatan berusia 55 tahun berputih mata selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara atas talian, melibatkan kerugian mencecah RM411,000.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan pada Isnin 4 Mei berkata, mangsa mula tertarik dengan iklan pelaburan saham di aplikasi TikTok ketika berada di Jeddah, Arab Saudi pada Februari lalu.

Beliau berkata, komunikasi seterusnya diteruskan melalui aplikasi WhatsApp sehingga mangsa yakin untuk membuat pelaburan tersebut.

"Mangsa telah melakukan sebanyak 17 transaksi pemindahan wang ke dalam lima akaun bank yang berbeza antara Mac hingga April 2026, dengan jumlah keseluruhan RM660,000. Walau bagaimanapun, mangsa hanya menerima pulangan pelaburan sebanyak RM249,000," katanya.

ACP Alexson berkata, mangsa menyedari ditipu selepas pihak sindiket mewajibkannya membeli saham IPO bernilai RM2 juta kononnya untuk membesarkan pelaburan miliknya.

Semakan awal mendapati akaun pertama yang digunakan suspek dibuka di sebuah cawangan bank di Padungan, Kuching.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara, sebat, dan denda.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #JSJK #PDRMKuching #ScamAlert #PDRMSarawak

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok