HORSENS (Denmark) - Pasukan gergasi badminton dunia, China, berjaya mempertahankan gelaran juara Piala Thomas selepas menewaskan Perancis 3-1 dalam aksi final yang berlangsung penuh dramatik di Forum Horsens, hari ini.
Kemenangan ini menyaksikan China merangkul gelaran Piala Thomas ke-12 mereka, sekali gus menafikan impian Perancis untuk melakar sejarah sebagai pasukan Eropah yang menjulang trofi berprestij itu.
Shi Yu Qi memulakan langkah kanan buat China apabila menewaskan Christo Popov dalam pertarungan tiga set, namun Perancis bangkit menyamakan kedudukan menerusi Alex Lanier yang mengejutkan Li Shi Feng.
Bagaimanapun, kebangkitan Perancis terhenti apabila Weng Hong Yang memenangi perlawanan ketiga yang cukup sengit menewaskan Toma Junior Popov.
Kemenangan mutlak China disahkan oleh beregu He Ji Ting-Ren Xiang Yu yang menewaskan pasangan Eloi Adam-Leo Rossi 21-13, 21-16, sekali gus mencetuskan sambutan penuh kegembiraan buat skuad Tembok Besar.
Sumber: BERNAMA
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #ThomasCup2026 #Horsens2026 #BadmintonNews
Back