MIRI - Dua keluarga melibatkan lapan penghuni berdepan detik cemas selepas kediaman mereka yang dijadikan bilik sewa di Jalan 1B, Kampung Pujut Sungai Adong, musnah sepenuhnya dalam kebakaran awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan pada jam 1.42 pagi. Sehubungan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dengan bantuan BBP Miri telah dikerahkan ke lokasi kejadian.
Komander Operasi melaporkan kebakaran melibatkan struktur tidak kekal berkeluasan 60x40 kaki persegi yang telah terbakar 100 peratus.
Kesemua lapan penghuni bagaimanapun dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal kerana berjaya keluar dari premis tepat pada waktunya.
Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam proses siasatan.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #MiriTerkini #KebakaranMiri #PujutAdong #BombaSarawak
Back