SERIAN - Unit Kereta Peronda (MPV) dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian berjaya menahan seorang lelaki berusia 33 tahun bersama rampasan dadah di tepi jalan Batu 31, Jalan Kuching-Serian.
Ketua Polis Daerah Serian dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa suspek yang berasal dari Kampung Tengah Gedong, Simunjan itu ditangkap bersama 5.12 gram dadah yang disyaki jenis Syabu.
Penangkapan dibuat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Hasil ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis AMP/METH, menyebabkan suspek turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.
Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca bekalan dadah tersebut.
Pihak polis menasihatkan orang ramai agar menjauhi aktiviti penyalahgunaan dadah dan menegaskan bahawa tindakan tegas serta hukuman berat akan dikenakan kepada pesalah.
Masyarakat turut diseru untuk menjadi "mata dan telinga" pihak polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah di sekitar daerah Serian.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #PDRMSarawak #IPDSerian #BanterasDadah
Back