MUKAH - Pesta Kaul Mukah tahun ini tampil dengan pengisian unik menerusi penganjuran Bengkel Inovasi Salui Lukut yang menggabungkan elemen warisan tradisi Melanau dengan kreativiti moden.
Bengkel yang terbuka kepada pelajar dan orang awam ini bakal berlangsung di Pantai Kala Dana, Mukah.
Peserta akan didedahkan dengan teknik pembuatan Salui Lukut secara langsung, bermula daripada proses pemasangan badan sehingga ke tetapan layar yang menggunakan daun lukut di bawah bimbingan fasilitator berpengalaman.
Pengerusi Pengelola, Suffina Long berkata, inisiatif ini bertujuan memperkukuh identiti budaya agar terus relevan buat generasi masa kini.
Kemuncak bengkel pada sebelah petang akan menyaksikan sesi uji lari dan mini pertandingan bagi memberi peluang kepada peserta merasai sendiri pengalaman permainan tradisi tersebut.
Orang ramai yang berminat masih boleh mendaftar sehingga 30 April 2026 bertempat di khemah Litar Salui Lukut, Pantai Kala Dana.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #KaulMukah2026 #SaluiLukut #WarisanMelanau
Back