DARO - Projek pembinaan empat jambatan utama di Pulau Bruit kini mencatatkan kemajuan luar biasa dan dijangka siap lebih awal daripada jadual asal.
Jambatan yang melibatkan kawasan Penipah, Penuai, Betanak, dan Salah Kechil itu kini berada pada fasa pelaksanaan yang sangat menggalakkan.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, menyatakan bahawa projek ini merupakan inisiatif kerajaan bagi memenuhi keperluan mendesak komuniti setempat, terutamanya dalam meningkatkan ketersambungan di kawasan pesisir.
Sementara itu, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir Aidel Lariwoo, mendedahkan penggunaan teknologi Ultra High-Performance Concrete (UHPC) menjadi faktor utama kepantasan projek tersebut.
Jelasnya, teknologi ini bukan sahaja menjamin ketahanan struktur yang lebih tinggi, malah membolehkan kerja-kerja pembinaan dijalankan dengan lebih efisien berbanding kaedah konvensional.
Apabila siap kelak, rangkaian jambatan ini bakal memberi manfaat besar kepada tujuh penempatan di bahagian utara Pulau Bruit yang sebelum ini menghadapi cabaran perhubungan yang sukar.
Sumber: Unit Komunikasi Awam Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #SarawakMajuMakmur #PulauBruit #UKAS
Back