KUCHING - Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Pingat dan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak kepada seramai 148 penerima di Astana Negeri, hari ini.
Istiadat didahului dengan pengurniaan Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Cemerlang (P.P.C) kepada Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh.
Turut menerima anugerah ialah tiga penerima Pegawai Bintang Sarawak (P.B.S), termasuk Ketua Pegawai Perbankan Perniagaan Bank Rakyat, Mohamad Shiblie Abang Sapuan.
Selain itu, istiadat turut menyaksikan pengurniaan Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) kepada Pengurus Besar CENTEXS Commercial Sarawak, Mohamad Shahren Mohamad Yusri dan CEO Sarawak Water Sdn Bhd, Ir. Ts Daniel Punang.
Kategori Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) mencatatkan jumlah penerima tertinggi iaitu seramai 41 orang.
Hadir sama memeriahkan majlis ialah isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi serta barisan kepimpinan kanan kerajaan negeri.
Sumber: Jabatan Penerangan Sarawak
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #TYTSarawak #AstanaNegeri #PingatKebesaran
Back