PADAWAN - Majlis Perbandaran Padawan (MPP) hari ini melancarkan kempen cabutan bertuah “Bayar Cukai Pintu dan Berpeluang Menang” yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM20,000.
Pengerusi MPP, Cr. Tan Kai, memaklumkan bahawa inisiatif ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pembayar cukai yang menjelaskan cukai pintu tahun 2026 (separuh tahun pertama dan kedua) secara penuh, termasuk sebarang tunggakan, pada atau sebelum 31 Mei 2026.
"Kempen ini terbuka kepada semua pegangan berkadar di bawah bidang kuasa MPP yang berdaftar atas nama pemilikan individu.Pemenang akan dipilih menggunakan sistem cabutan bertuah digital pada penghujung Jun 2026, di mana enam pemenang bertuah akan dikenal pasti." katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut beliau, pembayaran tepat pada masanya adalah sangat penting bagi menyokong usaha majlis dalam menyampaikan perkhidmatan perbandaran yang cekap serta program pembangunan komuniti demi kesejahteraan semua penduduk.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #MPP #CukaiPintu #CabutanBertuah
Back