LUBOK ANTU - Seorang lelaki tempatan berusia lewat 20-an ditahan pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu selepas dikesan melakukan pembelian minyak diesel tanpa permit sah di sebuah stesen minyak di Pekan Lubok Antu, Ahad lalu 26 April.
Suspek ditahan oleh pasukan pemantau Op Tiris 4.0 ketika sedang mengisi kira-kira 60 liter minyak diesel ke dalam tiga buah tong tanpa sebarang surat kebenaran atau kelulusan khas daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Selain bahan api tersebut, polis turut menyita sebuah kenderaan pacuan empat roda yang digunakan oleh suspek dalam aktiviti berkenaan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. T
angkapan serta barang rampasan telah diserahkan kepada pihak KPDN Sri Aman untuk tindakan susulan.
Pihak IPD Lubok Antu menegaskan akan terus mempergiatkan pemantauan bagi membanteras penyelewengan barangan kawalan bersubsidi di daerah tersebut.
Sumber: fb IPD Lubok Antu
#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile #OpTiris #LubokAntu #KPDN #PDRMSarawak
Back