LUNDU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan menegaskan komitmen berterusan beliau dalam menyokong pembangunan bakat sukan.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Lundu yang ke-59 di Stadium Mini Lundu hari ini.
Menurutnya, kejohanan itu memainkan peranan penting sebagai medan mencungkil dan mengasah potensi pelajar agar mampu melangkah lebih jauh dalam bidang sukan.
Azizul yang juga Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menegaskan bahawa usaha berterusan perlu digerakkan bagi memastikan bakat muda terus diberi perhatian dan peluang untuk berkembang hingga ke peringkat negeri dan kebangsaan.
Beliau turut menekankan kepentingan penglibatan aktif pelajar dalam kokurikulum yang bukan sahaja membina kecergasan fizikal, malah membentuk disiplin serta jati diri yang seimbang.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #UMobile
Back