• Home
  • Programme
  • Charts
  • Trending
  • Community
  • Media
  • Podcast
Listen Now
Back

BILIK BERITA CATS

21 April 2026 | 11:15 AM

Pengiktirafan Sarawak Delta Sebagai UNESCO Global Geopark, Pertama di Borneo dan Ketiga di Malaysia

KUCHING – Sarawak dijangka mencatat satu lagi sejarah penting, apabila Sarawak Delta bakal menerima pengiktirafan sebagai Global Geopark oleh UNESCO bulan depan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengiktirafan tersebut membawa makna besar kepada sektor pelancongan dan warisan negeri.

Menurut beliau, dengan pengiktirafan itu, Sarawak Delta Geopark akan menjadi geopark pertama di Kepulauan Borneo serta yang ketiga di Malaysia selepas Perak dan Langkawi.

Selain itu, Sarawak juga akan menambah satu lagi koleksi pengiktirafan UNESCO, selepas Taman Negara Mulu sebagai Tapak Warisan Alam, Gua Niah sebagai Tapak Warisan Budaya, serta Kuching sebagai Bandar Gastronomi UNESCO.

Katanya, pengiktirafan terbaru itu juga dijangka akan memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai destinasi pelancongan utama.

Ia diharap dapat menarik lebih ramai pelancong antarabangsa ke negeri ini untuk mengenali kepelbagaian geologi dan ekosistem yang terdapat di Sarawak Delta.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Muzium Warisan Perindustrian Limbungan Brooke di Kuching, malam tadi.

Pengumuman rasmi pengiktirafan itu dijangka dibuat bulan depan di Paris, Perancis.

#BilikBeritaCATS #CATSFM #Umobile 

DOWNLOAD OUR FREE APP NOW!

  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!
  • FOLLOW ON SOCIAL MEDIA AND DOWNLOAD OUR APP!

GET CONNECTED WITH US

I would love to receive more updates from Cats FM!

THE COMPANY

  • About Us
  • Advertise With US
  • Career With Us
  • Contact Us
  • General T & C

STATION

  • Programs
  • Contest
  • CATS Rangers

TRENDING

  • What’s Hot?
  • Artist of the month

CHARTS

  • CATS 30
  • CATS Prebiu
  • Lagu Tebilang CATS

MEDIA

  • Photo Gallery
  • Video Gallery
  • Podcast

COMMUNITY

  • Waktu Solat
  • CATS Activity

© Cats FM 2026

Social Media :

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter / X
  • TikTok