KUCHING - Sarawak akan menjadi tuan rumah Gimnastik Kumpulan Estetik (AGG) Peringkat Kebangsaan pada 25 hingga 26 April ini di di Dewan Sa’ati, Ibu Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Pertandingan tersebut dijangka menghimpunkan 300 gimnas bersama delegasi dari seluruh Malaysia dalam satu acara berprestij yang dianjurkan oleh Persatuan Gimnastik Kumpulan Estetik (SAGGA) serta mendapat pengiktirafan daripada Persatuan Gimnastik Kumpulan Estetik Malaysia (MAGGA).
SAGGA dalam satu kenyataan memaklumkan acara tersebut merangkumi beberapa komponen utama termasuk Pertandingan Program Pembangunan AGG Kebangsaan (NAD) dan pertandingan berasaskan IFAGG yang bertujuan meningkatkan mutu serta standard teknikal sukan tersebut di peringkat nasional.
Selain pertandingan, satu bengkel latihan khas AGG turut dianjurkan bagi memberi peluang kepada para peserta berlatih bersama gimnas Malaysia Junior Mixed Team.
#BilikBeritaCATS #CATSFM #UMobile
Back